
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Facebook Ling Tian Soon (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Indeks kes denggi bagi tahun 2025 untuk tempoh 22 minggu ini telah mencatatkan sebanyak 2,998 kes denggi dengan emapt kematian dilaporkan.

Ling Tian Soon turut serta dalam aktiviti gotong-royong bersama peserta yang terlibat dengan menyembur bahan pembasmi ubat jentik-jentik disekitar kawasan blok kediaman penduduk.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon, berkata statistik indeks kes jangkitan wabak denggi pada tahun 2024 bagi negeri Johor sebanyak 7,323 kes dengan melibatkan sembilan kematian.
“Angka yang dinyatakan ini menunjukkan penurunan wabak denggi hampir 60 peratus dan usaha yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor berkolaberasi bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menunjukkan perkembangan yang positif dalam memastikan indeks kes denggi masih terkawal,” katanya ketika merasmikan Program Gotong-Royong Mega Denggi dan Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Johor di Taman Kenanga, Kempas, di sini semalam.

Kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti setempat dalam memastikan kadar kes denggi di Johor dapat dikawal dengan jayanya.
Menurutnya lagi, sebanyak RM250,000 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi memastikan wabak denggi dapat diperangi dengan habis-habisan.
“Usaha yang dijalankan dalam memerangi pembiakan nyamuk aedes dan mengurangkan indeks kes denggi adalah pembiakan dan pelepasan nyamuk Berwabachia di empat lokasi percubaan di Johor, kempen kesedaran dan kebersihan serta semburan kabus (fogging) di luar rumah oleh Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh dan Penguasa Kanan Bomba 2 Zon Johor Bahru Azmi Mokhtar.
-ZS-