
Laporan/foto: M Zakry Chan
AYER KEROH, 6 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Melaka dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka telah mengadakan Bengkel Pemantapan Content Creator Kempen Kesedaran Jenayah Scammer yang berlangsung di Menara Persekutuan, di sini kelmarin.

Sidang media Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Datuk Helmy Abdul Halem.
Peserta bengkel terdiri daripada ahli jawatankuasa Komuniti MADANI yang menjadi agen pemasaran maklumat bagi memberi penjelasan terhadapt dasar, inisiatif kerajaan dan juga isu-isu semasa di peringkat akar umbi.
Menurut Pengarah JAPEN Melaka merangkap Pengerusi Kempen Bagi Menangani Judi Atas Talian, Internet Fraud dan Jenayah Siber Negeri Melaka Ab Rasil Hajatil, objektif bengkel bagi mempertingkat dan memperkasakan kemahiran Komuniti MADANI supaya usaha-usaha penyebaran maklumat kepada kelompok kumpulan masyarakat dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan interaktif.

Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI yang hadir dalam bengkel tersebut.
“Di Melaka sebanyak 84 komuniti MADANI telah ditubuhkan dan mereka akan menjadi mata dan telinga kepada sistem penyampaian kerajaan.
“Dengan adanya bengkel ini mereka akan diajar bagaimana bercakap di hadapan orang ramai sertai menghasilkan video dengan content yang menarik agar masej yang ingin disampaikan memberi kesan kepada masyarakat,”ujarnya.
-ZS-