Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Jentera Pembajak Moden Ringankan Beban Petani Bendang Morak

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail

TUMPAT, 2 Jun (MalaysiaAktif) – Petani di Kampung Bendang Morak kini mampu menarik nafas lega apabila buat pertama kalinya sebuah jentera moden pembajak sawah berjaya diperoleh di bawah Projek Sejati MADANI, sekali gus meringankan beban mereka dalam kerja-kerja pembajakan padi.

Safri Mamat, Pengerusi JPKKP yang bertanggungjawab ke atas urusan Jentera Pembajak Sawah

Menurut Pengerusi JPKKP Mukim Smat Ja, Safri Mamat, 65, sebelum ini petani tempatan terpaksa bergantung kepada jentera milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), yang jumlahnya terhad dan menimbulkan masalah kelewatan membajak sawah.

“Setelah membuat carian di beberapa negeri, akhirnya kita berjaya mendapatkan sebuah jentera pembajak terpakai dari Perak dengan kos sekitar RM80,000. Ini satu pencapaian besar bagi komuniti pertanian di sini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program, hari ini.

Dengan keluasan sawah sekitar 100 ekar, Safri menjelaskan bahawa kadar upah membajak sebelum ini adalah RM170 per ekar. Namun, melalui inisiatif ini, kos tersebut dapat dikurangkan kepada RM150 per ekar.

Datuk Zulkifli diajar cara cara mengendalikan Jentera Pembajak Sawah

“Penjimatan RM20 bagi setiap ekar mungkin nampak kecil, tetapi untuk petani yang mengusahakan lima ekar tanah, mereka boleh jimat RM100 – cukup untuk beli racun rumput atau keperluan asas lain,” tambah beliau.

Majlis pelancaran program disempurnakan oleh Datuk Zulkifli Abdullah, yang turut menyempurnakan simbolik acara pemotongan riben dan demonstrasi membajak sawah menggunakan jentera baharu tersebut. Hadir sama, Anuar Marzuki, yang bertanggungjawab menyelia pelaksanaan Projek Sejati MADANI.

Datuk Zulkifli dalam ucapannya berkata, beliau yakin projek ini bukan sahaja mempercepatkan proses penanaman padi, malah dapat meningkatkan hasil dan pendapatan petani.

“Kita harap kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) terus komited menyalurkan bantuan kepada golongan petani yang sentiasa memerlukan perhatian dan sokongan,” katanya.

Penduduk setempat menyambut baik pelaksanaan Projek Sejati MADANI, yang dianggap sebagai antara inisiatif terbaik kerajaan dalam memartabatkan sektor pertanian dan kehidupan masyarakat luar bandar.

-AA-

Tinggalkan komen anda