Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

JIWA @ Komuniti MADANI: Eratkan Hubungan Ukhuwah, Kukuhkan Komuniti

By 8 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Norhayani Hashim

YAN, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Komuniti MADANI yang berlangsung di Kuala Singkir, di sini semalam berjaya menyatukan penduduk setempat dalam suasana penuh muafakat, semangat kekitaan dan kerjasama komuniti.

Gotong-royong membersihkan kawasan pesisiran pantai.

Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pesisiran pantai yang melibatkan penyertaan aktif penduduk kampung. Usaha ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, malah memperkukuh semangat tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan kampung.

Selain menjadi medium penyampaian maklumat sahih, program ini turut berperanan mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat komuniti dalam kalangan penduduk setempat.

Ketua Komuniti MADANI Singkir Sabri Ismail merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program.

Para penduduk turut melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Semangat gotong-royong adalah warisan berharga yang wajar dipelihara sebagai asas perpaduan dan kekuatan masyarakat desa,” katanya.

Taklimat oleh Pegawai Penerangan Daerah Yan Nurhidayah Mohamad Zaher, mendapat perhatian peserta apabila beliau menjelaskan penstrukturan semula tarif elektrik oleh kerajaan.

Penduduk menyambut baik penjelasan tersebut dan berasa lega apabila dimaklumkan bahawa 23.6 juta pengguna domestik tidak terkesan, membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti sukaneka, sembang santai, saringan kesihatan percuma dan cabutan bertuah.

-FN-

Tinggalkan komen anda