Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JIWA MADANI Didik Ahli Kelab MalaysiaKu Tentang Siber dan Kerjasama

By 19 minutes yang laluTiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & Foto: Janica Jasmine Temaga James (Sarawak)

BINTANGOR, 19 JUN (MalaysiaAktif)– Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI @Kelab MalaysiaKu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor telah berlangsung dengan meriah di sini dengan sesi interaktif bersama dengan ahli-ahlinya.

Sesi pertandingan permainan mengeluarkan buah pinang dan bola pingpong dari dawai menggunakan kayu penyepit.

Kelab MalaysiaKu SMK Bandar Bintangor yang diurus tadbir oleh Pejabat Penerangan Daerah Meradong ini dan diselaraskan oleh guru penyelaras kelab, Paat Hie Ching telah dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan Keselamatan Dalam Talian yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Meradong, Nor Hidayah Ismail.

Semasa taklimat berkenaan, Nor Hidayah menerangkan bahawa kegiatan harian masyarakat zaman sekarang yang berkait rapat dengan penggunaan teknologi dan internet seperti membuat carian di google, berkomunikasi melalui aplikasi WhatApps atau telegram, menghantar maklumat melalui email dan melayari media sosial seperti Facebook, Intagram, X, TikTok dan sebagainya telah memberi kemudahan yang amat baik.

“Namun, seiring dengan kemudahan dalam kepesatan era digital masa kini, ancaman keselamatan dalam talian turut menjadi cabaran yang perlu dihadapi dan diatasi oleh setiap lapisan masyarakat,” ujar beliau lagi semalam.

Taklimat ringkas “Keselamatan Dalam Talian” oleh Pegawai Penerangan Daerah Meradong, Nor Hidayah Ismail.

Tambahnya, keselamatan dalam talian bukan hanya tanggungjawab individu sahaja, malah tanggungjawab bersama dan kita perlu menjadi contoh rakyat yang celik teknologi, bijak menilai dan bertanggungjawab di dunia siber.

Turut ditekankan dalam taklimat yang sama tentang beberapa ancaman keselamatan yang dihadapi di dalam talian seperti Kecurian Identiti, Penipuan dalam talian (Scam), Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu serta langkah-langkah bagi menjaga keselamatan dalam talian seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, tidak berkongsi maklumat peribadi secara terbuka, berhati-hati semasa berkongsi sebarang pautan, membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku ancaman dan bijak dalam menilai maklumat yang sahih dan tepat.

Penerangan ringkas dan amanat dari Cikgu Penyelaras Kelab MalaysiaKu SMK Bandar Bintangor, Cikgu Paat Hie Ching.

Di program yang sama, turut dimeriahkan lagi dengan dua permainan interaktif secara berkumpulan di antara ahli kelab iaitu Pertandingan Mengeluarkan bola pingpong dan buah pinang dari dawai menggunakan kayu penyelit serta pertandingan Menghantar Tepung dalam pinggan.

“Permainan ini yang diadakan bagi memupuk semangat kerjasama dan bersatu hati di kalangan Ahli Kelab MalaysiaKu dalam menghadapi rintangan dan secara tidak langsung telah menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan permasalahan dan mencapai objektif permainan,” ujar Cikgu Paat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda