Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

JIWA@Komuniti MADANI Eratkan Hubungan Dua Kampung di Bau

By 32 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/ Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Penduduk Kampung Segong dan Kampung Daun Singai daripada pelbagai latar belakang, usia dan jantina berkampung di Dewan Kampung Segong dan berjaya menyertai serta memeriahkan Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai anjuran bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau dan Komuniti MADANI Kampung Daun Singai, di sini, semalam dengan memaparkan semangat kekeluargaan dan perpaduan yang padu.

Roystein berucap di Dewan Kampung Segong , Daun Singai di sini, semalam.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Daun Singai, Roystein Giles, 40, mengakui program bersemuka JAPEN Bau itu penting dalam membantu penduduk kampung memahami dan mendalami maklumat inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Kehadiran kami mencerminkan komitmen dan semangat padu penduduk dari kedua-dua kampung untuk mendengar dan mendapat maklumat yang sahih, tepat dan terkini daripada JAPEN Bau tentang inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa yang boleh membantu komuniti di peringkat akar umbi memahami dan mendalami perkara tersebut menerusi sesi dialog, ceramah interaktif dan edaran bahan penerbitan yang dikendalikan oleh JAPEN Bau,” katanya semalam.

Sumardi beri ceramah tingkat kesedaran komuniti di Dewan Kampung Segong.

Tambahnya, mereka berterima kasih kepada JAPEN Bau atas inisiatif turun padang bertemu penduduk semasa secara bersemuka seperti ini bagi menyampaikan maklumat secara berkesan dan mesra kepada komuniti setempat di sini selain penggunaan media sosial sekali gus memperkukuh jalinan kerjasama antara JAPEN Bau dan komuniti.

Ketua Kampung Segong, Amy Munga, Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman dan Pegawai Penyelaras Program, Denis Etem antara mereka hadir memeriahkan program ini.

Tinggalkan komen anda