Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jom Isi Minyak Motosikal Percuma Ringankan Beban Masyarakat Setempat

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Afiqq Rahman (Selangor)

SHAH ALAM, 18 Jun (MalaysiaAktif) – Program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Bandaraya Shah Alam yang berlangsung di Petronas Seksyen 15, di sini semalam mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Shahrin Ahmad ketika ditemu ramah pada Program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma di Petronas Seksyen 15, Shah Alam.

Inisiatif ini adalah sebahagian usaha berterusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk meringankan beban kehidupan masyarakat setempat di bandar raya ini terutama kepada penunggang motosikal yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Menurut Pengerusi Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad, penganjuran program ini menyasarkan 500 orang penunggang motosikal yang terdiri daripada golongan penghantar makanan, pekerja industri, penjawat awam serta para pelajar daripada pusat pengajian tinggi di kawasan sekitar.

Penunggang motosikal yang hadir di program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma.

“Semua aktiviti atau program yang kami rangka ini untuk kita raikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MBSA sebagai bandar raya dan juga untuk kita santuni masyarakat yang ada di kawasan bandar (bandar raya) Shah Alam khususnya.

“Mungkin kita akan menambah jumlah penunggang motosikal pada masa akan datang disebabkan penyertaan yang menggalakkan supaya lebih ramai yang akan menerima manfaat minyak motosikal percuma ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda