
Laporan/foto: Firdaus Rashid/Mawarni Ismail (Barat Daya)
BATU MAUNG, 7 Jun (MalaysiaAktif) – Sempena sambutan Aidiladha, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, menyumbangkan 20 ekor lembu korban kepada beberapa masjid dan surau sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Batu Maung, kelmarin.

Dr. Mohamad (kiri) menyantuni penduduk setempat yang hadir.
Majlis simbolik penyerahan lembu tersebut telah diadakan di beberapa lokasi terpilih termasuk Masjid Umar Abdul Aziz Batu Maung, Masjid Al-Qahhar Permatang Damar Laut, Masjid Al-Huda Sungai Ara, Surau Permatang Tepi Bendang, Surau Desaria Sri Merpati serta Kem Askar Tun Razak.
Dalam ucapan ringkas Dr. Mohamad, berkata sumbangan ini adalah hadiah kepada penduduk sekitar KADUN Batu Maung serta seluruh anggota Kem Askar Tun Razak yang tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana bertugas.

Suasana sekitar penghantaran lembu korban sumbangan di Kem Askar Tun Razak, Sungai Ara.
“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk meringankan beban rakyat sambil memperkukuhkan pelaksanaan ibadah korban secara berjemaah yang menjadi amalan mulia dalam kalangan umat Islam,” katanya yang juga merupakan ADUN Batu Maung.
Dengan semangat kerjasama dan keprihatinan ini, diharapkan Aidiladha tahun ini akan memberikan makna lebih mendalam kepada seluruh komuniti di KADUN Batu Maung.
-ZS-