
Laporan/foto: Siti Noor Ain Mohd Zain/Halimah Abdul Ghani (Timur Laut)
BATU UBAN, 16 Jun (MalaysiaAktif) ā Lebih 500 pencari kerja memeriahkan Karnival Kerjaya anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADUN) Batu Uban dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang, Lotusās Sungai Dua, Jabatan Penerangan dan Jawatankuasa Belia KADUN Batu Uban.

A. Kumaresan bergambar bersama para calon temudugaĀ yangĀ hadir
Karnival yang berlangsung di perkarangan Lotusās Sungai Dua ini menawarkan 1,500 peluang pekerjaan daripada pelbagai syarikat.

Sesi temuduga sedang berlangsung
Program dirasmikan oleh ADUN Batu Uban, A. Kumaresan, turut menampilkan sesi temuduga terbuka dan taklimat kerjaya oleh PERKESO, di sini kelmarin.
Taklimat ini memberi fokus kepada skim caruman PERKESO, termasuk manfaat untuk suri rumah dan pekerja sendiri.
Selain itu, 10 penerima faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menerima kotak Prihatin sebagai simbolik bantuan dan perlindungan berterusan dari PERKESO.
Aidil Ashraf, 26, graduan perbankan, berkata inisiatif ini sangat membantu pencari kerja sepertinya.
“Walaupun belum berjaya mendapat pekerjaan yang diidamkan, pengalaman ini sangat bermakna untuk masa depan,ā katanya.
A. Kumaresan pula menyifatkan karnival ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan tetapi juga membantu membina keyakinan dan pengalaman temuduga.
“Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, bersama-sama kita boleh membantu masyarakat khususnya belia dan graduan Pulau Pinang memperoleh pekerjaan sesuai dan memacu ekonomi tempatan,ā katanya.
-AA-