Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kembara Riuh Pesta Itu-Ini ‘Gegar’ Kota Bharu

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshahira Mohd Nasir

KOTA BHARU, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Kota Bharu ‘bergegar’ dengan keceriaan apabila program Kembara Riuh Pesta Itu-Ini membuka tirai dengan penuh warna-warni, menarik pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang menikmati pelbagai aktiviti menarik.

Berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Jun ini, program anjuran Kementerian Komunikasi, membawa misi besar, merakyatkan perkhidmatan kerajaan dengan pendekatan yang lebih santai dan mesra komuniti.

Antara aktiviti yang berlangsung di program Kembara Riuh Pesta Itu-Ini.

Daripada reruai interaktif, pameran digital, hingga persembahan budaya tempatan, segalanya ada di sini!

Lebih istimewa, pengunjung turut berpeluang bertemu secara langsung dengan wakil-wakil jabatan kerajaan untuk mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Kehadiran Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin, turut menyerikan hari pertama program apabila beliau menyantuni para petugas, beramah mesra dengan pengunjung dan meninjau perjalanan program di setiap reruai.

Amizah (kanan) bersama anak-anak.

“Saya teruja melihat sambutan rakyat di Kota Bharu yang begitu hangat. Inilah semangat komuniti yang kita mahukan, dekat dengan kerajaan, faham perkhidmatan yang disediakan dan dapat manfaatnya secara terus,” katanya ketika ditemui media, di sini semalam.

Bagi pengunjung Amizah Ibrahim, 47, pengalamannya hadir ke program tersebut sangat berbaloi.

“Seronok bawa anak-anak ke sini. Banyak aktiviti menarik, boleh belajar, bermain dan paling penting masa berkualiti dengan keluarga,” katanya sambil tersenyum puas.

Dengan pelbagai acara dan aktiviti bakal berlangsung hingga Sabtu ini, program Kembara Riuh Pesta Itu-Ini dijangka terus menjadi tumpuan warga Kelantan.

Jadi, kepada yang belum datang, inilah masa untuk turun padang dan rasai sendiri kemeriahan Kembara Riuh Pesta Itu-Ini!

-ZS-

Tinggalkan komen anda