Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kempen Internet Selamat Perkasa Celik Digital Pelajar SMK Keladi

By 6 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rizal Abdul Rahman (Kulim)

KULIM, 19 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 200 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keladi telah menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) yang berlangsung dengan jayanya, semalam, bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dalam kalangan generasi muda.

Latihan berkumpulan bagi mengetahui bahaya internet di kalangan remaja

Program ini dianjurkan oleh Kelab Malaysiaku di bawah kelolaan Pejabat Penerangan Daerah Kulim, dengan kerjasama NADI dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Antara Ahli Kelab Malaysiaku yang mengikuti Kempen Internet selamat.

Sepanjang kempen, pelajar mengikuti sesi latihan dalam kumpulan yang memberi tumpuan kepada isu-isu penting seperti buli siber, penipuan dalam talian, eksploitasi digital dan perlindungan maklumat peribadi.

Menurut Sharliza Saari, Pegawai dari SKMM, pendedahan awal mengenai etika dan keselamatan internet amat penting bagi melahirkan pengguna media digital yang bijak serta bertanggungjawab.

Penolong Kanan SMK Keladi, Mahazir Ahmad, turut hadir memeriahkan program dan menyatakan sokongan terhadap inisiatif mendidik pelajar menghadapi cabaran dunia maya yang semakin kompleks.

Program ini diharap dapat membentuk komuniti sekolah yang celik teknologi dan berdaya tahan dalam era digital yang serba pantas.

-AA-

Tinggalkan komen anda