Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan akan Menaik Taraf Sekolah dalam Kem ATM Seluruh Negara 

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Facebook Fahmi Fadzil (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 18 Jun (MalaysiaAktif) – Kerajaan Madani bersetuju untuk membantu menaik taraf dan memperbaiki 30 buah sekolah dalam kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

“Sewaktu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada di Pengkalan TLDM Lumut, beliau telah memaklumkan peruntukkan sebanyak RM20 juta yang akan diberi kepada Kor Kejuruteraan Tentera bagi membantu menaik taraf fasiliti di sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan kem tentera.

“Ini kita harap akan dapat membantu memandangkan sekolah-sekolah tersebut sebenarnya bukan bawah jagaan Kementerian Pendidikan, tapi adalah di bawah Kementerian Pertahanan,” katanya.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata demikian di Sidang Media Mingguan Kerajaan Madani, di sini sebentar tadi.

Pada sidang media yang kali pertama disertai jurubahasa isyarat, jurucakap Kerajaan Madani itu turut mengumumkan usaha berterusan Kementerian Komunikasi bagi membantu Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

“Insya-Allah, saya akan berusaha untuk pastikan bukan hanya dengan Kementerian Komunikasi sewaktu sidang media, tapi juga dalam sidang Parlimen yang akan datang dan beberapa aspek yang lain keterlibatan rakan-rakan jurubahasa isyarat akan kita ketengahkan.

“Kita juga sangat berbangga kerana baru-baru ini salah seorang daripada jurubahasa isyarat (Tan Lee Bee) telah menerima kurniaan (Bintang Ahli Mangku Negara) dari (daripada) Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda