
Laporan/Foto: Ainie Elah/Aszary Iskandar (Sarawak)
SARIKEI, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus memperkukuh sistem pengangkutan jalan raya negara dengan perasmian Kompleks Baharu JPJ Cawangan Sarikei yang berlangsung semalam.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

Hasbi menyampaikan amanat sempena perasmian kompleks.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pembinaan kompleks baharu di Batu 4, Jalan Repok ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, malah memperkukuh peranan JPJ sebagai agensi utama dalam keselamatan jalan raya.
“Kompleks ini bukan sekadar pusat perkhidmatan, malah simbol komitmen JPJ dalam me

Hasbi melawat reruai pameran selepas majlis perasmian.
lindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat melalui penguatkuasaan serta sistem pendaftaran kenderaan dan lesen memandu yang lebih sistematik,” ujar beliau.
Datuk Hasbi turut menekankan pentingnya sokongan berterusan pelbagai pihak bagi memastikan kelancaran operasi serta penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien kepada masyarakat.
-RJ-