Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti MADANI Kampung Daun Singai Didedahkan Kesedaran Keselamatan Siber

By 24 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/ Denis Etem ( Sarawak)

BAU, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kampung Daun Singai telah didedahkan dengan kesedaran keselamatan siber agar mereka tidak menjadi mangsa penipuan digital menerusi Program Slot Khas Komuniti MADANI X NADI anjuran bersama Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau dan NADI Tanjong Bowang di sini.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Daun Singai, Roystein Giles, 40 tahun dalam ucapannya menyatakan rasa bersyukur dan terima kasih beliau kepada Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Bau dan NADI Tanjong Bowang atas inisiatif penganjuran program berkenaan yang memberi impak positif iaitu meningkatkan kesedaran kepada penduduk kampung berkaitan topik tersebut.

Peserta juga berpeluang melakukan saringan kesihatan di NADI Tanjong Bowang, di sini, semalam.

“Usaha yang cukup bagus dari JAPEN Bau dan NADI Tanjong Bowang dalam meningkatkan kesedaran penduduk kampung tentang perkara ini agar kami tidak menjadi mangsa penipuan siber seperti tidak klik pautan yang mencurigakan dan tidak mengisi maklumat peribadi di laman web yang tidak dikenali.

“Malahan program seperti ini dilihat berjaya memperkukuhkan jalinan kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan dengan masyarakat setempat,” ujarnya semalam.

Sesi soal jawab berkaitan inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa serta kesedaran keselamatan siber di NADI Tanjong Bowang.

Sementara itu, Pengurus NADI Tanjong Bowang Kristina Bujang, 31 tahun telah menyampaikan ceramah berkaitan perkara tersebut yang turut dihadiri Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman.

Dalam perkembangan yang sama peserta program turut didedahkan dengan pelbagai maklumat inisiatif kerajaan dan isu-isu semasa oleh JAPEN Bau supaya masyarakat kampung juga mendapat maklumat yang sahih, tepat dan terkini menerusi pengisian menarik antaranya ceramah, sembang santai, sesi soal jawab dan edaran bahan penerbitan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda