Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti MADANI Lebuh Chulia Asah Kemahiran Pengacaraan Majlis

By 16 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor/Abdul Waasiek Ahmad Fikri

GEORGE TOWN, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 15 orang ahli Komuniti MADANI Lebuh Chulia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menunjukkan minat yang tinggi dalam memperkaya kemahiran berkomunikasi menerusi Bengkel Pengacaraan Majlis yang dilaksanakan selama satu hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Padang Kota, di sini kelmarin.

Nurul Wahida Mohamad Noor selaku penceramah menyampaikan perkongsian berkaitan pengacaraan majlis kepada Komuniti MADANI Lebih Chulia.

Timbalan Ketua Komuniti MADANI Lebuh Chulia Ng Chun Wei, berkata bengkel tersebut memberikan pendedahan menyeluruh mengenai pengacaraan majlis.

“Bengkel ini memberi saya pemahaman yang lebih mendalam tentang pengacaraan majlis.

“Pengisian aktiviti bengkel seperti pengenalan kepada bidang pengacaraan majlis, tugasan pengcaraan majlis, teknik penyediaan skrip dan lontaran vokal membuatkan saya lebih yakin tampil kehadapan untuk mengendalikan acara di masa hadapan,” katanya.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lebuh Chulia bukan sahaja memperkasa Komuniti MADANI dengan kemahiran pengacaraan tetapi menyemarakkan semangat perpaduan dan kesedaran sivik.

Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam Bengkel Pengacaraan Majlis Komuniti MADANI Lebuh Chulia.

Sementara itu, peserta cilik Ashman Darwisy Ahmad Faiz, 12, berasa teruja kerana diberi peluang untuk menyertai bengkel tersebut.

“Walaupun saya masih muda, bengkel ini membuka mata saya tentang pentingnya komunikasi yang baik.

“Saya berharap dapat menjadi pengacara majlis di sekolah saya suatu hari nanti,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda