Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Komuniti MADANI Perkukuh Hala Tuju dan Kecemerlangan Kerajaan Perpaduan

By 17 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nuzuluddin Abdul Razak/ Shakir Mohd Salleh (Lahad Datu)

LAHAD DATU, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Penubuhan Komuniti MADANI di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan masih relevan dan signifikan sebagai medium untuk menyalurkan maklumat serta inisiatif terkini kerajaan.

Mizma menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil Komuniti MADANI yang hadir.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Segama, Datuk Mizma Appehdullah berkata, Komuniti MADANI mempunyai kredibiliti untuk menyampaikan hasrat mahupun hala tuju negara pada hari ini terus kepada rakyat.

Jelasnya, dengan kerjasama Jabatan Penerangan, komuniti terlibat juga berfungsi sebagai baris hadapan untuk menepis fitnah atau isu disebarkan melalui media sosial yang boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat yang berbilang bangsa.

“Selaras situasi hari ini, rakyat perlu tahu apa hala tuju dalam kita menggerakkan negara kita sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan dan percaya mereka boleh menyampaikan hasrat kerajaan hari ini melalui Program Jiwa Komuniti MADANI.

“Komuniti MADANI lebih fokus kepada matlamat memberi penerangan kepada rakyat dan info yang disampaikan juga tepat berpandukan Jabatan Penerangan antaranya isu terbaharu, maklumat pembangunan buat rakyat sekaligus naratif untuk menangkis tohmahan terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Mini Akademi Asas Penerangan Peringkat Zon Sabah, Parlimen Lahad Datu di sini pada Sabtu.

Antara peserta Komuniti MADANI dalam kalangan belia juga melibatkan diri melalui sesi soal jawab semasa bengkel berlangsung, semalam.

Tambah Mizma, dengan prestasi yang cemerlang daripada Komuniti MADANI, badan sukarela ini wajar diperluaskan di setiap DUN sebagai perantara antara kerajaan dan masyarakat, khususnya dalam penyampaian maklumat dasar kerajaan.

“Program Komuniti MADANI adalah yang terbaik selama ini dan saya berharap akan lebih banyak ditubuhkam di setiap DUN kerana dengan adanya mereka ini saya yakin kita (kerajaan) akan lebih kukuh dan yang paling penting berita yang sampai kepada rakyat adalah berita yang betul-betul sahih,” jelasnya.

Untuk makluman, bengkel yang dianjurkan Jabatan Penerangan ini melibatkan 12 Komuniti MADANI di Parlimen Lahad Datu merangkumi kawasan DUN Segama, Tungku, Silam dan Kunak.

Bengkel ini juga menyasarkan penyertaan semua 219 Komuniti MADANI di seluruh negeri Sabah dengan pengisian beberapa modul utama antaranya pengurusan acara, pengucapan awam, literasi komunikasi digital dan teknologi AI dan taklimat isu-isu semasa.

-RJ-

Tinggalkan komen anda