Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Konsep Satu Kampung Satu Pemimpin Kukuh Jalinan Akar Umbi

By 17 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Bin Ag Latip (Tawau)

TAWAU, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Jalinan kepimpinan akar umbi dan keharmonian komuniti terus diperkasa menerusi penganjuran Program Santuni MADANI: Satu Kampung Satu Pemimpin.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Ruji Ubi berkata, program yang julung kali diadakan itu memperkenalkan pendekatan baharu yang memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Antara reruai agensi yang mengambil bahagian dalam program tersebut.

Jelasnya, penglibatan aktif masyarakat dalam program ini penting dalam menjayakan agenda Malaysia MADANI berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan keprihatinan terhadap rakyat.

“Konsep Satu Kampung Satu Pemimpin bukan sekadar simbolik, tetapi satu mekanisme untuk merapatkan jurang antara rakyat dan pemimpin, serta memastikan suara komuniti didengar dan diambil tindakan secara langsung.

“Perpaduan adalah tanggungjawab bersama. Setiap pemimpin di peringkat kampung perlu memainkan peranan aktif dalam membentuk masyarakat harmoni, saling hormat dan bekerjasama,” katanya ketika merasmikan program berkenaan di Dewan Sungai Haji Matahir, Tawau di sini pada Sabtu.

Suasana semasa program berlangsung di Dewan Sungai Haji Matahir, Tawau semalam.

Untuk makluman, program seumpama ini akan diperluas ke kampung-kampung lain selaras dengan agenda nasional untuk memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan rakyat menerusi kepimpinan akar umbi yang lebih dekat dan berkenaan.

Lebih 300 penduduk hadir memeriahkan program yang turut diselitkan pelbagai pengisian seperti sesi dialog komuniti, khidmat nasihat agensi kerajaan, pameran kenegaraan dan persembahan kebudayaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda