Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

KPWKM Pergiat Usaha Tangani Isu Ketidaksuburan, Lelaki Diseru Ambil Peduli

By 36 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amalina Shazwani Suhaimi

BUTTERWORTH, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus mempergiat usaha memperkasa isu kesuburan negara dengan pendekatan lebih inklusif termasuk melibatkan kaum lelaki dalam kempen kesedaran dan rawatan kesuburan.

Nancy Shukri (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat lain yang turut hadir ke Program Inspirasi Wanita: Womenpreneurs – Shaping The Future Economy.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri, berkata meskipun kadar kesuburan jumlah (TFR) meningkat sedikit bagi wanita daripada 1.6 anak tahun lalu kepada 1.7 tahun ini dan angka itu masih belum mencukupi dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

“Sebelum ini banyak program lebih memfokuskan kepada golongan wanita, namun kita mahu masyarakat sedar kaum lelaki juga boleh menjadi punca ketidaksuburan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inspirasi Wanita: Womenpreneurs – Shaping The Future Economy, di sini semalam.

Nancy Shukri (duduk tengah) bergambar kenangan bersama peserta selepas merasmikan program.

Menurut Nancy, kementerian telah memulakan siri jelajah kesedaran di Sabah yang menyasarkan kepada penyertaan kaum lelaki dalam menangani isu ketidaksuburan serta langkah yang boleh diambil bagi menjalani saringan awal dan rawatan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu pasangan yang ingin menimang cahaya mata.

Nancy turut menegaskan, negara perlu bersedia dalam mempertingkatkan populasi penduduk seiring dengan cabaran menuju status negara tua menjelang tahun 2030 dan peningkatan kadar kelahiran adalah antara keutamaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda