
Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Timur Laut)
SUNGAI PINANG, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 30 peserta terdiri daripada wanita pelbagai peringkat usia menyertai Kursus Kemahiran Solekan anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Daerah Timur Laut dengan kerjasama Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Luar Bandar yang berlangsung di Pusat Penang 2030, Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Pinang.

Jamilah, berkata kursus ini dapat memberi nilai tambah kemahiran kepada peserta malah berpotensi menjana pendapatan.
Program sehari yang dikendalikan oleh GiatMARA Cawangan Jelutong ini memberi tumpuan kepada latihan praktikal dalam solekan asas, termasuk teknik merias wajah untuk pelbagai majlis, kaedah penggunaan alat solek yang betul serta aspek penjagaan kebersihan peralatan.
Menurut tenaga pengajar Jamilah Abdul Latif, kursus ini bukan sahaja membantu peserta meningkatkan keyakinan diri, malah membuka peluang untuk menceburi bidang keusahawanan atau kerjaya dalam industri kecantikan yang semakin berkembang.

Para peserta bergambar kenangan.
Menariknya, peserta termuda Qaireen Nur Hana, 14, turut menunjukkan minat mendalam dalam bidang ini.
“Saya mahu pelajari teknik solekan yang betul dan impikan untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan suatu hari nanti,” katanya, di sini kelmarin.
Majlis penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Afiqah Bakhari, yang turut diiringi Penghulu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih Afnan Zakaria.
-ZS-