Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lawatan Komuniti MADANI ke NADI Langgar Tingkatkan Kesedaran Komuniti Mengenai Isu Semasa

By 31 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Syuhada Muhamad Yasin (Pokok Sena)

LANGGAR, 21 Jun (MalaysiaAktif ) – Pusat Sebaran Nasional (NADI) Langgar menerima kunjungan istimewa daripada Komuniti MADANI DUN Bukit Pinang dalam satu program lawatan muhibah yang bertujuan memperkukuh kefahaman terhadap fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) serta merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Taklimat tentang fungsi NADI oleh Pengurus NADI Langgar Nur Diana.

Lawatan yang berlangsung dalam suasana mesra, di sini pagi tadi memberi peluang kepada ahli Komuniti MADANI untuk mengenali lebih dekat peranan utama NADI sebagai pusat penyebaran maklumat rasmi kerajaan dan sebagai platform penting untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk pendidikan, ekonomi dan kesihatan.

Sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan, para peserta turut menerima saringan kesihatan percuma.

Pemeriksaan asas seperti tekanan darah, tahap glukosa dan indeks jisim badan (BMI) mendapat sambutan hangat daripada ahli komuniti yang hadir.

“Lawatan ini sangat bermanfaat kerana kami bukan sahaja dapat mengetahui fungsi sebenar NADI, malah turut memperoleh ilmu tentang isu semasa yang memberi kesan terus kepada kehidupan kami,” ujar Mohamad Zahir Mohamad Saad, 53, ahli Komuniti MADANI Bukit Pinang.

Pemeriksaan kesihatan dan taklimat ringkas oleh Nur Diana.

Hebahan maklumat dasar kerajaan turut disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Pokok Sena Romzi Sori, yang memberi pencerahan mengenai penstrukturan tarif elektrik.

Taklimat itu memberi penjelasan tentang rasional pelaksanaan semula struktur tarif, kesannya kepada pengguna domestik dan industri serta langkah-langkah kerajaan dalam memastikan subsidi diagih dengan lebih adil dan menyasarkan kumpulan yang benar-benar memerlukan.

Program seumpama ini bukan sahaja memperkasa komuniti melalui maklumat yang tepat, malah membantu membina komuniti yang lebih peka, sihat dan berdaya tahan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

-ZS-

Tinggalkan komen anda