Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Lebih 150 Penduduk Meriahkan Program JIWA, Erat Silaturahim di Kampung Tengkawang

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Suasana di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tengkawang kelmarin bertukar meriah apabila lebih 150 penduduk setempat berhimpun dalam sebuah program kemasyarakatan yang bukan sahaja menyemai semangat kejiranan, malah memperkukuh hubungan antara generasi.

Taklimat isu semasa yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Hulu Terengganu.

Program bertemakan JIWA (Jalinan Insan Wahana Aspirasi) itu adalah inisiatif Komuniti MADANI Kampung Tengkawang dengan kerjasama PDK Tengkawang dan Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu, yang diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka melibatkan anak-anak Tadika Kemas, pelajar PDK serta ibu bapa dan taklimat khas oleh Pegawai Penerangan Daerah Hulu Terengganu Abidin A. Ghani.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Kampung Tengkawang Mohd Noor Salleh, program sebegini menjadi medium penting untuk membina jambatan komunikasi yang lebih erat dalam komuniti.

“Sambutan amat menggalakkan. Ini membuktikan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan penduduk masih kukuh,” ujarnya.

Mohd Noor ketika ditemu bual Malaysia Aktif.

Bagi penduduk Abdullah Mohamad, 65, program seumpama ini bukan sahaja menghiburkan tetapi memberi ruang untuk kembali mengenali jiran tetangga yang jarang bertemu dek kesibukan harian.

“Ia satu usaha murni yang perlu diteruskan. Inilah masanya untuk kita kembali merapatkan silaturahim,” katanya penuh semangat.

Program JIWA diharap menjadi titik tolak kepada penganjuran lebih banyak program berimpak tinggi di masa depan, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat demi memperkukuh komuniti yang inklusif dan harmoni.

-ZS-

Tinggalkan komen anda