Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Luncur Layar Tarikan Terbaharu di Pantai Merdeka, Kini Dibuka Setiap Hujung Minggu

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufe Fuddin(Kuala Muda)

KUALA MUDA, 23 Jun (MalaysiaAktif) – Pantai Merdeka kini bukan sahaja menjadi lokasi tumpuan pelancong tempatan untuk beriadah dan menikmati keindahan laut, malah turut menawarkan satu aktiviti sukan ekstrem yang semakin mendapat sambutan iaitu sukan luncur layar.

Sesi taklimat oleh pengendali luncur layar.

Aktiviti luncur layar dibuka kepada orang awam setiap hari Sabtu dan Ahad dari pukul 2.00 petang hingga 7.00 malam.

Inisiatif ini adalah hasil kerjasama antara pihak pengurusan pelancongan daerah Kuala Muda dan pengendali sukan udara tempatan bagi memperkenalkan lebih banyak tarikan berasaskan alam dan sukan rekreasi kepada pelawat.

Menurut wakil pengendali Muhamad Azim Ramli, 22, aktiviti luncur layar di Pantai Merdeka menjanjikan pengalaman yang unik kepada pengunjung kerana ia menawarkan pemandangan lautan Selat Melaka, perkampungan nelayan, dan landskap hijau kawasan sekitar.

Pemakaian peralatan keselamatan kepada pengunjung.

“Ramai pengunjung teruja apabila diberi peluang terbang di udara buat kali pertama. Kami menyediakan penerbangan tandem yang selamat bersama juruterbang berpengalaman dan kelengkapan lengkap,” katanya, di sini kelmarin.

Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur bermula 12 tahun ke atas dan tidak memerlukan pengalaman sebelum ini. Bagi tujuan keselamatan, sesi taklimat dan pemakaian peralatan keselamatan akan dilakukan sebelum penerbangan.

Yuran penyertaan adalah berpatutan iaitu RM210 pada hari biasa dan cuti umum adalah Rm180 sahaja.

Pengunjung juga disediakan kamera GoPro untuk merakam kenangan indah semasa penerbangan. Tempahan awal amat digalakkan memandangkan slot adalah terhad bergantung kepada keadaan cuaca.

-ZS-

Tinggalkan komen anda