Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Majlis Rakyat MADANI Perkukuh Silaturahim dan Semangat Kebangsaan

By 36 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzan Mahari/Azmi Abd Rahman

PASIR PUTEH, 21 Jun (MalaysiaAktif) – Semangat perpaduan dan nilai kasih sayang terus diperkukuh menerusi Majlis Kasih Sayang Madani Rakyat Pasir Puteh yang berlangsung meriah di Pusat Latihan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman, di sini semalam.

Antara yang hadir.

Program anjuran Komuniti MADANI Sri Aman Pasir Puteh, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia, berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai latar belakang dalam suasana mesra dan harmoni melalui aktiviti santai seperti Sembang Santai dan Jamuan Rakyat.

Majlis diserikan dengan kehadiran Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurutnya, keyakinan terhadap prinsip MADANI yang menjadi teras pentadbiran negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kelantan tidak pernah dianaktirikan. Bantuan dan peruntukan sentiasa disalurkan untuk kesejahteraan rakyat.

“Kepimpinan hari ini bukan sahaja dekat dengan rakyat, malah diiktiraf dunia,” ujarnya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md. Nor, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin komuniti setempat.

Aswadi menyeru agar Komuniti MADANI terus memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.

Muhd Nor Aswadi ketika menyampaikan ucapan.

“Mereka bukan sahaja menyampaikan maklumat kerajaan, tetapi juga berperanan menyatukan masyarakat, menyemai kasih sayang serta membina semangat cinta akan tanah air,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Bulan Kebangsaan semakin hampir dan menggalakkan seluruh rakyat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan dan tanda penghargaan kepada negara.

Majlis ini secara langsung menjadi medan mempererat hubungan antara rakyat dan pemimpin serta mengukuhkan jalinan antara NGO, agensi kerajaan dan masyarakat setempat dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI menjadi sebuah negara yang berasaskan nilai-nilai kasih sayang, hormat dan perpaduan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda