Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Mantai Perdana di Masjid Tuanku Muhriz Meriah

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Jempol

BANDAR SERI JEMPOL, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Program Mantai Perdana Parlimen Jempol 2025 berlangsung dengan meriah di perkarangan Masjid Tuanku Muhriz, di sini semalam dengan kehadiran ratusan penduduk setempat yang mengambil bahagian dalam tradisi tahunan menjelang Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.

Sesi jualan daging Mantai Perdana dengan subsidi sebanyak RM10 sekilogram.

Sebanyak 15 ekor lembu disembelih bagi memenuhi permintaan program anjuran Pejabat Ahli Parlimen Jempol dengan kerjasama Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan Masjid Tuanku Muhriz.

Program yang julung kali diadakan ini memperuntukkan sebanyak 1.5 tan daging lembu diagihkan kepada penduduk melalui pemberian 870 kupon yang telah habis diedarkan.

Menurut Ahli Parlimen Jempol Shamshulkahar Mohd Deli dalam, ucapannya program Mantai Perdana ini bertujuan untuk menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana harmoni menjelang hari raya selain itu juga adalah untuk membantu meringankan beban penduduk melalui penawaran bahan mentah pada harga subsidi.

“Subsidi istimewa turut disediakan, dengan harga daging diturunkan kepada RM25 sekilogram, berbanding harga pasaran RM35, hasil subsidi RM10 yang ditaja bersama oleh pejabat Ahli Parlimen dan pihak KPTM/UPTM.

“Tambahan pula, santan turut ditawarkan pada harga subsidi RM10 sekilogram, dengan bantuan subsidi RM4 setiap kilogram,” katanya.

Rosnah bersama sahabat yang membeli daging mantai.

Menurutnya lagi, pihak KPTM dan UPTM juga menyumbangkan sebanyak RM10,000 sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat mereka kepada masyarakat.

Sementara itu, Rosnah Wahab, 65, melahirkan rasa syukur kerana dapat membeli daging dengan harga yang murah.

“Terima kasih banyak kepada Ahli Parlimen kerana memberi subsidi. Moga ianya dapat diteruskan lagi,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda