Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Masyarakat Hargai Usaha Kerajaan Sampaikan Maklumat melalui Program Taklimat

By 43 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim/Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 21 Jun (MalaysiaAktif) – Penduduk setempat menyambut baik inisiatif kerajaan dalam menganjurkan program taklimat bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan pelbagai program dan dasar kerajaan.

Sesi taklimat yang dijalankan di NADI Kampung Chegar.

Komuniti MADANI Kampung KEDA Asam Jawa yang menghadiri program Lawatan ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Chegar hari ini telah mengikuti sesi taklimat dan diberi penerangan mengenai pelbagai inisiatif kerajaan yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk makmumat berkaitan Operasi Gasak melibatkan penyalahgunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi, penstrukturan semula tarif elektrik serta semakan semula kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan secara bersasar.

Selain itu, peserta turut berpeluang mengikuti sesi pembelajaran penggunaan media sosial seperti TikTok bagi menghasilkan kandungan video dan visual yang menarik dan berkesan.

Menurut salah seorang peserta Abg Ghani Mat, 56, beliau menghargai usaha dan inisiatif kerajaan turun padang bagi menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat.

“Program sebegini dapat memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat mengenai dasar dan program kerajaan serta mampu membantu menghapuskan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Para peserta yang hadir diajar menggunakan komputer yang terdapat di situ.

Program yang diadakan dengan kerjasama NADI Kluster Pendang ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat kerana selain menyampaikan informasi terkini berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan, program ini turut memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan kemudahan yang disediakan di NADI.

Pengurus NADI Kampung Chegar Nurul Hayani ketika ditemui hari ini, berkata bahawa pihaknya sentiasa mengalu-alukan kehadiran mana-mana agensi yang ingin menggunakan premis mereka bagi tujuan penganjuran pelbagai aktiviti bermanfaat kepada masyarakat setempat.

“Pihak kami juga bersedia menerima kehadiran orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini seperti kemudahan komputer dan Internet, pencetakan dokumen dan lain-lain kemudahan sokongan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda