Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MBSA Lancar Inisiatif Tempat Letak Kereta Percuma untuk Warga Emas

By 53 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)/MBSA

SHAH ALAM, 23 Jun (MalaysiaAktif) – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan inisiatif tempat letak kereta percuma atau Golden Parking untuk warga emas bersempena Majlis Pelancaran Parkir Percuma untuk Warga Emas MBSA dan Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran 2025.

Najwan (kiri), Mohd Fauzi (dua dari kiri), Nor Haimee, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat (tiga dari kiri) bersama Hadiah utama kereta elektrik Proton E-Mas 7 sempena Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran MBSA 2025.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim, berkata inisiatif ini dilancar sempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Bandar Raya Shah Alam sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada komuniti.

“Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi untuk memohon inisiatif berkenaan iaitu berumur 60 tahun dan ke atas serta pembayar cukai taksiran di kawasan pentadbiran MBSA.

“Selain itu, kad pendaftaran (geran) kereta juga perlu di atas nama warga emas tersebut dan setiap warga emas hanya layak untuk mendaftar satu kereta melalui sistem Smart Selangor Parking atau Flexi Parking.

“Kemudahan ini juga boleh digunakan selama dua tahun dan hanya boleh digunakan di semua tempat letak kereta terbuka di dalam kawasan pentadbiran MBSA,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran parkir percuma untuk warga emas MBSA dan kempen bayar dan menang cukai taksiran 2025 di Elmina Lakeside Mall, Seksyen U15, di sini semalam.

Sekitar penyerahan alat sokongan percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan penerima terpilih di dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Sementara itu, MBSA juga turut melancarkan Kempen Bayar dan Menang Cukai Taksiran 2025 dengan kerjasama Bank Rakyat dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM300,000 dan kempen ini bermula pada 1 Jun sehingga 31 Ogos ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membayar cukai taksiran di dalam kawasan pentadbiran MBSA.

Program telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Mohd Najwan Halimi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda