Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Media Sosial Mampu Tanam Minat Membaca

By 15 Jun 2025Jun 16th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norfazila Razali

KUALA LUMPUR, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran menekankan bahawa amalan membaca perlu dijadikan budaya harian dalam kalangan rakyat Malaysia bagi membina masyarakat yang berpengetahuan dan progresif.

Ucapan dari P.Prabakaran, Ahli Parlimen Batu

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Program Rahmah Mesra Sub Zon 5 dan Persatuan Penduduk TWS Fasa 3 yang diadakan di Dewan Persatuan Penduduk Fasa 3, Taman Wilayah Selayang, Parlimen Batu, hari ini.

“Membaca bukan sahaja membuka minda, malah membentuk pemikiran kritikal serta meningkatkan daya intelek rakyat.

Tinjauan sekitar sesi pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan kepada masyarakat setempat

“Budaya membaca ialah asas kepada kemajuan sesebuah negara. Masyarakat yang rajin membaca adalah masyarakat yang bersedia menghadapi cabaran global dengan pengetahuan dan kebijaksanaan,” katanya.

Tambahnya, negara hanya akan berubah apabila rakyatnya berubah dan perubahan itu bermula dengan membaca.

“Membudayakan membaca dalam era teknologi adalah cabaran yang boleh diatasi dengan mengintegrasikan teknologi itu. Digitalisasi bahan bacaan, program membaca dalam komuniti, penggunaan teknologi dalam pengalaman membaca dan peranan media sosial adalah beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat kita,” katanya lagi.

Program yang dihadiri lebih 200 penduduk setempat itu turut diberikan taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh wakil dari Pejabat Penerangan Daerah Kepong/Batu, pameran Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Negara (LPPKN), pemeriksaan kesihatan secara percuma dan taklimat khas berkaitan tenaga solar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memberi pendedahan kepada orang ramai tentang inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan manfaat pemasangan sistem solar.

-AA-

Tinggalkan komen anda