Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Mini ASAS: Komuniti MADANI, JPNIN, PPD Hilir Perak Teruja Timba Ilmu

By 18 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Farid Izzemeer (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 6 Jun (MalaysiaAktif) – Lebih 60 peserta dari pelbagai latar belakang dan usia teruja apabila berpeluang menimba ilmu kemahiran pengucapan awam dan penghasilan video dalam program Mini Akademi Asas Penerangan (ASAS) Daerah Hilir Perak yang berlangsung di Dewan Cempaka, Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan, di sini kelmarin.

Program ASAS merupakan usaha untuk meningkatkan peranan dan kemahiran Komuniti MADANI dalam memberi penjelasan terhadap dasar dan inisiatif kerajaan di peringkat akar umbi.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Ayer Hitam Mohamad Din Hussein, berkata program ASAS ini merupakan usaha yang amat baik buat peserta khususnya Komuniti MADANI sebagai agen penyampai maklumat kerajaan.

“Pelbagai teknik pengucapan awam seperti Attention Grabber, SMART, OREO selain kemahiran aplikasi CapCut dipelajari oleh kami,” ujarnya.

Manakala Timbalan Ketua Komuniti MADANI Langkap Shah Muhd Azmi Bahaudin pula, berkata program sebegini dapat menjadi platform perbincangan santai dua hala dalam berkongsi pendapat, idea dan pandangan dalam suasana mesra dan terbuka.

“Peserta-peserta berpeluang untuk cakna tentang isu semasa dan pada masa sama dapat membina keyakinan dan meningkatkan kemahiran komunikasi serta sedar akan peranan mereka dalam masyarakat,” katanya.

Bagi guru Tadika Perpaduan Ainul Fairuz Amir Hassan, penyertaannya pada program ASAS ini memberikan satu pengalaman yang sangat bermanfaat.

“Pengisian setiap slot berkenaan keselamatan dalam talian, teknik penghasilan video CapCut dan kemahiran pengucapan awam amat berguna kepada saya selaku individu, guru dan komuniti dalam masyarakat.

“Saya turut mengambil peluang untuk tampil ke hadapan mencuba bakat dalam penyampaian skrip video dan ia sangat menarik minat saya,” katanya.

Kesemua peserta bergambar kenangan.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah ini mendapat sokongan dan kerjasama baik daripada Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah (JPNIN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang membuatkan program ASAS ini berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Perasmian program disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak Yosri Abu Mahsin.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Hilir Perak Muhammad Syahmi Sazali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda