Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Mini ASAS Penerangan Gilap Peranan Komuniti MADANI

By 50 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI kini memainkan peranan penting sebagai perantara dan penghubung dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta sahih kepada masyarakat,khususnya berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan.

Peranan ini menjadi semakin signifikan dalam era digital yang memerlukan penyampaian informasi yang pantas, mesra dan berkesan.

Hasmiza berkata bengkel ini merupakan medan terbaik untuk Komuniti MADANI memperkasa kemahiran komunikasi.

Seiring usaha memperkasa peranan tersebut, Bengkel Mini Akademi ASAS Penerangan dianjurkan bagi Komuniti MADANI Daerah Seberang Perai Selatan yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran komunikasi dan penyampaian mesej secara digital, di sini semalam.

Bengkel yang melibatkan penyertaan 35 ahli jawatankuasa Komuniti MADANI itu memberi penekanan kepada teknik pengucapan awam berkesan, selain latihan asas menghasilkan video.

Salah seorang peserta Rosli Othman, 63, berkata bengkel ini dilihat mampu mengasah kemahiran berkomunikasi secara bijak dan matang serta menarik minat masyarakat untuk mendengar.

“Dengan ilmu yang diperolehi saya bersama ahli jawatankuasa akan menghasilkan video-video menarik bagi menyampaikan maklumat mengenai dasar dan inisiatif kerajaan MADANI,” katanya.

Program Mini ASAS Penerangan disertai oleh Komuniti MADANI dari daerah Seberang Perai Selatan.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang Hasmiza Hussain berkata, bengkel ini merupakan medan terbaik untuk peserta memperkasa kemahiran komunikasi.

“Saya amat teruja melihat reaksi positif peserta yang menyelesaikan tugasan dengan penuh komitmen dan semangat.

Kaedah latihan seperti ini amat berkesan dalam membina keyakinan serta kecekapan mereka,” jelasnya.

Hasmiza turut menekankan bahawa komitmen berterusan Komuniti MADANI amat diperlukan dalam merealisasikan aspirasi Menteri Komunikasi untuk memperkasa peranan komuniti ini sebagai penyampai maklumat yang sahih dan berintegriti di peringkat akar umbi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda