Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

NADI Platform Latihan Digital, AI buat Komuniti MADANI

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Mazlan Bakar (Nabawan)

NABAWAN, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Gabungan komunikasi digital dan penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) merupakan aspek penting dalam peredaran zaman yang serba canggih masa kini.

Evarinna menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada ahli Komuniti MADANI semasa program berlangsung.

Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Murni, C. Evarinna Matius justeru menyarankan Komuniti MADANI memanfaatkan sepenuhnya kemudahan pusat berkenaan dengan mengikuti kursus dan perkhidmatan disediakan.

“Komuniti MADANI perlu memaksimumkan penggunaan kemudahan seperti latihan kemahiran digital, bimbingan keusahawanan dan capaian maklumat kerajaan yang disediakan NADI.

“Pemilihan NADI sebagai lokasi penganjuran kursus oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) adalah satu pendekatan efektif memperkasa komuniti tempatan,” katanya ketika ditemui semasa Kursus Akademi Mini Asas Penerangan di NADI Kg Murni, di sini Sabtu lalu.

Jaibin (berbaju biru) mengikuti sesi suntingan video mudah alih dalam Kursus Mini Asas Penerangan di NADI Kg Murni, Nabawan, kelmarin.

Peserta kursus, Jaibin Marutin, 45, berkata faktor umur tidak seharusnya menjadi penghalang dalam mendalami atau mempelajari penggunaan AI serta media sosial.

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun usia meningkat, semangat belajar tetap penting. Kami berpeluang mengenali aplikasi seperti CapCut untuk menghasilkan kandungan berkualiti dan mempromosikan keunikan daerah,” katanya.

Adam bergambar bersama sijil penyertaan selepas menamatkan Kursus Mini Asas Penerangan Daerah Nabawan.

Sementara itu, Adam Samsudin 20, dari Kampung Silungai Pagalungan, berpendapat kursus sebegitu mampu meningkatkan kreativiti lebih-lebih lagi bagi mereka yang bercita-cita menjadi pencipta kandungan atau ‘content creator’.

“Kursus percuma seperti ini amat berguna kepada kami yang baru berjinak-jinak dalam penghasilan video di media sosial. Penerangan daripada Pegawai JAPEN sangat membantu dalam mengembangkan bakat serta kreativiti.

“Menjadi seorang ‘content creator’ bukan sekadar menghasilkan video menarik bahkan l penyampaian kandungan yang dicipta hendaklah relevan, berinformasi dan memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

-RJ-

 

Tinggalkan komen anda