
Laporan/foto: Boniface Watt Su/Abg Haffali Bin Mohd Nor (Sarawak)
PAKAN, 26 Jun (MalaysiaAktif)– Program JIWA@Komuniti MADANI: Sambutan Perayaan Ngiling Bidai 2025 telah berlangsung meriah di Rumah Entengan Tubai Buah, Pakan, menzahirkan semangat kerjasama erat antara komuniti setempat dan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Pakan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ucapan aluan oleh Rinya yang menekankan perpaduan komuniti dan pemeliharaan warisan budaya menerusi Ngiling Bidai.
Ketua Komuniti MADANI Rumah Rinya Tubai Buah, Rinya Anak Usi, dalam ucapannya menegaskan bahawa program ini memberi impak positif dalam memperkukuh perpaduan komuniti, institusi kekeluargaan dan hubungan kejiranan. Program seumpama ini turut mengeratkan kerjasama strategik antara JAPEN Pakan dan komuniti MADANI setempat.
Tambah beliau, program ini amat bermakna bagi masyarakat tempatan dalam usaha memelihara adat dan warisan budaya Iban. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JAPEN Pakan dan semua tetamu yang hadir atas sokongan menjayakan acara ini.

Lafaz ikrar Rukun Negara dipimpin oleh adik Alexson, mewakili generasi muda komuniti.
Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Pakan, Thomas Mandang, berkata program seperti ini menjadi platform yang berkesan untuk menyebarluaskan maklumat mengenai inisiatif kerajaan serta isu-isu semasa yang sahih dan tepat kepada komuniti setempat, sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan dan penyebaran berita palsu.
“Anggota Komuniti Madani menjadi antara barisan hadapan dalam meningkatkan kesedaran di kalangan penduduk rumah panjang tentang taktik menipu yang digunakan oleh penipu,” katanya semalam.
Inisiatif JIWA@Komuniti MADANI berfungsi sebagai wadah penting untuk memperkasa komuniti luar bandar dengan ilmu pengetahuan semasa dan menyebarkan maklumat yang tepat melalui saluran rasmi kerajaan.
-RJ-