Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Orang Asli Sambut Baik Penstrukturan Tarif Elektrik yang Lebih Adil

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahmie Rozman (GM)

GUA MUSANG, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan struktur tarif baharu elektrik di bawah Tempoh Kawal Selia Ke-4 (RP4) mendapat sambutan positif masyarakat Orang Asli yang menyifatkan ia sebagai langkah tepat, progresif dan memberi manfaat kepada isi rumah di seluruh negara.

Taklimat berkenaan tarif baharu elektrik.

Ketua Komuniti MADANI Kuala Betis Norhayati Che Daud berkata pelaksanaan tarif baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2027 itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan sistem penetapan harga tenaga yang lebih adil dan telus.

“Walaupun penurunan kadar ini mungkin kelihatan kecil, namun ia memberi perlindungan yang lebih besar kepada pengguna domestik, khususnya masyarakat Orang Asli yang rata-rata berpendapatan rendah,” katanya ketika ditemui di Kuala Betis, di sini semalam.

Menurut Pengerusi Komuniti Kebersihan Kampung Blok C Inung Busu penambahbaikan struktur tarif turut melibatkan sistem bil yang lebih terperinci, sekali gus meningkatkan ketelusan dan kefahaman pengguna.

Sesi Sembang Santai berkenaan tarif baharu elektrik.

“Taklimat yang diberikan oleh Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang sangat membantu masyarakat memahami bil elektrik mereka dengan lebih baik dan mengurangkan kekeliruan berhubung penstrukturan tarif ini,” jelasnya.

Inung turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap sebarang kemungkinan kenaikan harga barang keperluan yang tidak munasabah susulan pelaksanaan tarif baharu itu.

Struktur tarif elektrik baharu tersebut dilaksanakan di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang antara lain bertujuan menstabilkan harga elektrik dan memperkukuh ketelusan dalam industri tenaga negara.

-FN-

Tinggalkan komen anda