Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pakar Kongsi Tip Gigi Cantik dan Sihat Sepanjang Hayat

By 12 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Senyuman yang menampakkan gigi putih, bersih, dan tersusun rapi mampu memikat sesiapa sahaja. Namun, ramai yang tidak tahu cara menjaga gigi dengan betul agar sentiasa kelihatan menarik.

Dr.Nurul.Anis Auni (tengah) sedang memberi penerangan dan mengedarkan risalah penjagaan gigi kepada orang ramai yang berkunjung di kaunter pemeriksaan gigi

Menurut Dr. Nurul Anis Auni Kamarazi, 32, pakar pergigian dari Klinik Pergigian Daerah Tanah Merah, berkata individu yang sihat dan bebas penyakit tetapi mempunyai gigi yang tidak terurus masih dianggap tidak sihat kerana ia menjejaskan penampilan ketika tersenyum.

“Gigi yang cantik dan sihat, ditambah wajah yang menawan, pasti menarik perhatian. Sebab itu kita perlu menjaga gigi sehingga akhir hayat,” katanya ketika ditemui di kaunter pemeriksaan gigi sempena Program Sambutan Hari Suami Isteri di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah, semalam.

Rakannya, Dr. Alieriena Zulkifli, 26, turut bersetuju bahawa gigi yang cantik memerlukan penjagaan rapi serta pemakanan yang tidak merosakkan struktur gigi.

Salah seorang anak Noraini Abdullah sedang membuat pemeriksaan gigi

Pemeriksaan gigi perlu dilakukan setiap enam bulan sekali, dan janji temu harus dipatuhi bagi memastikan gigi sentiasa dalam keadaan baik,” ujarnya sambil tersenyum.

Sementara itu, Nor Aishah Umaira Hafizuddin, 6, dari Kampung Barol Pial, Rantau Panjang, yang turut menjalani pemeriksaan gigi, berkata pemeriksaan itu untuk kebaikan masa depannya.

“Saya tak takut periksa gigi. Kalau disuruh, saya terus buat walaupun di sekolah sudah diperiksa,” katanya ketika berada di kerusi pemeriksaan.

Ibunya, Noraini Abdullah, 34, memberitahu anaknya sering mengalami sakit gigi, jadi beliau mengambil peluang hari ini untuk memeriksanya. Jika ada masalah, beliau akan merujuk ke klinik pergigian berdekatan.

“Kadang-kadang mereka makan makanan tidak sihat tanpa pengetahuan kita, akhirnya gigi rosak,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda