Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pemandu Lori Dipukul Akibat Tidak Puas Hati Dihon

By 8 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 14 Jun (MalaysiaAktif) – Seorang lelaki nekad memukul pemandu lori yang berada dibelakangnya akibat berang selepas dibunyikan hon di Plaza Tol Kempas Lebuhraya Utara Selatan.

Lelaki yang memukul pemandu lori berkenaan telah berjaya dileraikan oleh Pengawal Keselamatan di plaza tol tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata pihak polis telah menerima laporan berlaku pergaduhan di plaza tol berkenaan melibatkan dua orang lelaki.

“Ketika menunggu giliran membayar tol, pemandu lori berkenaan telah membunyikan hon kepada sebuah kereta jenis Proton Wira yang berada dihadapannya kerana tidak bergerak sedangkan palang tol telah terbuka,” katanya.

Tambah Balveer Singh, akibat rasa tidak puas hati dan berang, salah seorang lelaki yang berada di tempat duduk sebelah pemandu telah keluar dari kereta dan menuju ke lori dan menyuruh pemandu berkenaan membuka pintu.

Video berudasi 2 minit 30 saat di papan kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden pergaduhan seorang pemandu lori dengan seorang lelaki yang tular di media sosial.

“Selepas pintu dibuka, lelaki berkenaan menyerang dan memukul pemandu lori berkali-kali dan telah mengenai kepala serta muka dan pemandu lori bertindak mempertahankan diri dengan menendang lelaki itu keluar dari lorinya,” katanya.

Akibat daripada pergaduhan itu, pemandu lori berkenaan mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telah mendapatkan rawatan di klinik.

Sementara itu, satu video kejadian pukul tular di media sosial dan siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda