Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pempengaruh Media Sosial Digerakkan Promosi Pelancongan Batu Pahat

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam/Mohd Zahid Othman (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 28 Jun (MalaysiaAktif) – Bagi mempergiat promosi destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026, Tourism Batu Pahat dengan kerjasama Pejabat Daerah Batu Pahat serta rakan media menganjurkan program ‘Yok Ronda BP’ yang melibatkan penyertaan aktif pempengaruh media sosial serta pengamal media rasmi.

Faizzudin, berkata pendekatan menggunakan pengaruh media sosial sangat bertepatan dalam usaha mempromosi pelancongan dan kebudayaan tempatan.

Program selama tiga hari dua malam itu direka khas untuk memperkenalkan keunikan lokasi-lokasi pelancongan di daerah ini termasuk Pantai Minyak Beku, Galeri Parit Sulong, UK Farm dan Lorong Bentara.

Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohammad Faizzudin Azmi, berkata pendekatan menggunakan pengaruh media sosial sangat bertepatan dalam usaha mempromosi pelancongan dan kebudayaan tempatan.

“Media dan pempengaruh kini menjadi saluran utama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, khususnya golongan muda. Usaha ini sangat bertepatan untuk memperkenalkan tarikan pelancongan Batu Pahat menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Lebih 3,000 pengunjung hadir ke pelancaran program ‘Yok Ronda BP’  di Astaka Syahbandar, Batu Pahat.

“Kesemua pengalaman tersebut didokumentasikan untuk dikongsikan menerusi pelbagai platform digital seperti TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube, seiring trend promosi pelancongan era kini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program tersebut mewakili Pegawai Daerah Batu Pahat di Astaka Syahbandar, di sini malam tadi.

Pelancaran rasmi program ‘Yok Ronda BP’ serta ‘Gema Budaya Festival’ yang berlangsung meriah menyaksikan pelbagai persembahan budaya termasuk ghazal dan demonstrasi pembuatan gambus oleh Halidan Ithnin, satu-satunya penggiat seni tersebut yang masih aktif di Johor.

Turut hadir Ketua Pustakawan Perpustakaan Tunku Tun Aminah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Zaharah Abd Samad dan Pengerusi Tourism Batu Pahat MTS Qairy Maheran.

-FN-

Tinggalkan komen anda