Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Penantian 20 Tahun Dapatkan Hak Milik Tanah Akhirnya Selesai

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

KEPONG, 28 Jun (MalaysiaAktif) – Isu hak milik tanah yang membelenggu penduduk Taman Daya, di sini sejak 1997 kini hampir selesai sepenuhnya, hasil usaha berterusan kerajaan negeri Selangor sejak lebih dua dekad lalu.

Sehingga kini, 260 daripada 288 unit rumah teres di Taman Daya telah berjaya menerima hak milik, menandakan kejayaan besar hasil kesinambungan kepimpinan dan dasar pentadbiran yang konsisten.

Amirudin menyerahkan surat kelulusan hak milik tanah kepada salah seorang penduduk Taman Daya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kejayaan tersebut merupakan contoh terbaik bagaimana dasar reformasi dan pembangunan yang dirancang secara teliti sejak 2008 mula menunjukkan hasilnya.

“Pendekatan sistemik ini turut dilihat dalam pengurusan isu-isu hak milik tanah lain di seluruh negeri.

“Sejak 2008 hingga 2018, lebih 80,000 geran tanah berjaya diserahkan kepada penduduk pelbagai kawasan termasuk perkampungan dan taman perumahan yang berdepan isu status tanah tidak selesai termasuk Taman Daya ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyerahan Hak Milik Astana Square dan Notis 5A Taman Daya, di sini hari ini.

Penantian 20 tahun pemilik unit Pangsapuri Taman Daya untuk mendapatkan status hak milik akhirnya berjaya diselesaikan.

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata fokus kini tertumpu kepada penyelesaian hak milik strata dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dalam Belanjawan Negeri 2024 bagi membantu pemilik strata mendapat dokumen pemilikan sah.

“Projek rintis telah dimulakan di Dengkil, Sepang serta Gombak dan Taman Daya kini dalam fasa penyerahan hak milik strata kepada penduduk, dijangka selesai menjelang Julai atau Ogos ini.

β€œBila kita sebut hak rakyat, bukan sekadar hak mengundi atau bersuara, tapi juga hak kepada pemilikan sah atas rumah dan tanah yang dibeli dengan wang titik peluh sendiri,” ujarnya.

-FN-

Tinggalkan komen anda