Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pentarama X Kelab Malaysiaku Semarakkan Patriotisme di Kubang Pasu

By 17 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Syafiq Md Saad (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Program Pentarama X Kelab Malaysiaku telah berjaya menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kubang Pasu menerusi pelbagai aktiviti menarik sepanjang empat hari penganjurannya, dari 16 hingga 19 Jun (semalam).

Penyerahan cenderahati daripada Jabatan Penerangan Negeri Kedah kepada Pengetua SMK Ayer Hitam.

Program jelajah yang bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior pada 16 Jun lalu, diikuti SMK Mahawangsa (17 Jun), SMK Jerlun (18 Jun), dan berakhir di SMK Ayer Hitam pada 19 Jun.

Antara pengisian utama ialah pengenalan kepada Kelab Malaysiaku, sebuah inisiatif yang bertujuan memupuk semangat kenegaraan dan jati diri dalam kalangan generasi muda.

Selain itu, turut diadakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber dalam kalangan pelajar.

Pelajar memakai baju tradisional etnik negara-negara ASEAN.

“Saya sangat teruja dengan kehadiran Pentarama yang telah membuat persembahan di sekolah kami,” kata seorang pelajar Putra Reza Mohd Amin, 15, ketika ditemui semalam.

Program turut diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti kuiz pengetahuan am dan nyanyian lagu-lagu patriotik, yang berjaya menarik penyertaan aktif serta membangkitkan semangat cintakan negara dalam kalangan peserta.

Menurut pihak penganjur, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan program ini berjaya mencapai objektif dalam menyampaikan mesej perpaduan, keselamatan dalam talian, serta nilai kecintaan terhadap tanah air kepada golongan remaja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda