Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pesta Mengemping Eratkan Komuniti, Bangkitkan Nostalgia

By 1 hari yang lalu27 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Asrul Alias

PEKAN, 15 Jun (MalaysiaAktif) – Suasana meriah dan penuh tradisi mewarnai Kampung Serandu apabila hampir 300 orang penduduk kampung berkumpul bagi menjayakan Pesta Mengemping dan Menuai Padi di sini, semalam.

Program yang bertujuan untuk menghidupkan semula warisan nenek moyang ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan penduduk.

Aktiviti mengail ikan turut menyerikan suasana

Bunyi alu dan lesung yang bersahut-sahutan kembali bergema di udara Kampung Serandu, membangkitkan nostalgia kepada generasi tua dan memberi pendedahan berharga kepada golongan muda.

Selain aktiviti utama menuai dan mengemping, pesta ini turut dimeriahkan dengan pertandingan memancing di tali air yang mendapat sambutan hangat daripada para penduduk, baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.

Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Peramu Jaya, YB Datuk Mohd Nizar Mohd Najib.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau memuji inisiatif penduduk Kampung Serandu dalam memelihara adat dan tradisi bangsa yang semakin dilupakan.

“Saya amat berbangga melihat semangat kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh warga Kampung Serandu pada hari ini.

“Penganjuran Pesta Mengemping ini bukan sahaja dapat mengembalikan kenangan manis kepada golongan veteran, tetapi yang lebih penting, ia dapat memperkenalkan warisan budaya kita kepada generasi baharu,” ujar beliau.

Nizar menambah, program sebegini selayaknya dicontohi oleh kampung-kampung lain kerana ia berupaya menyemai rasa cinta terhadap warisan dan pada masa yang sama, mengeratkan silaturahim sesama penduduk.

-AA-

Tinggalkan komen anda