Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Berjalan Laju Kampung Pong Manis Cetus Gaya Hidup Sihat

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Abdullah (Padang Terap)

PADANG TERAP, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kampung Pong Manis dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap, Pejabat Belia dan Sukan Padang Terap serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Pong Manis, di sini semalam telah menganjurkan program brisk walk (berjalan laju) sejauh tiga kilometer (km) bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk kampung.

Aktiviti memanaskan badan sebelum berjalan laju.

Program yang bermula seawal pukul 7 pagi itu mendapat sambutan menggalakkan daripada lebih 70 penduduk setempat termasuk golongan belia, wanita dan warga emas.

Laluan berjalan kaki merentasi kawasan kampung telah memberi peluang kepada peserta untuk bersenam dalam suasana harmoni sambil mengeratkan hubungan komuniti.

“Program ini merupakan satu inisiatif kolaboratif antara agensi yang bertujuan membudayakan gaya hidup aktif di samping mendidik masyarakat tentang isu semasa yang memberi kesan langsung kepada kehidupan mereka,” kata Ketua Komuniti MADANI Kampung Pong Manis Mohd Tahar Husin.

Peserta melalui laluan yang merentasi Kampung Pong Manis.

Selesai aktiviti berjalan, peserta diberi taklimat khas oleh Pegawai Penerangan Daerah Padang Terap Mohd Fiteri Abdul Manap, mengenai dua topik penting iaitu penstrukturan semula tarif elektrik dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Taklimat itu menjelaskan kepada penduduk tentang sebab dan implikasi perubahan dalam tarif elektrik serta maklumat berkaitan skop cukai yang diperluas di bawah dasar semasa kerajaan.

Mohd Fiteri turut menekankan kepentingan masyarakat luar bandar untuk sentiasa peka terhadap perkembangan dasar kerajaan agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu, terutamanya di media sosial.

-FN-

Tinggalkan komen anda