Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Community Outreach Perkasakan Peranan Mahasiswa Bersama Komuniti PPR Sena

By 24 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 21 Jun (MalaysiaAktif) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis menerusi inisiatif mahasiswa telah menganjurkan Program Community Outreach PPR Seri Sena, bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Sena, di sini pada pagi tadi, dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Khidmat Masyarakat HGD 133, Uitm Cawangan Perlis dengan kerjasama penduduk PPR Seri Sena.

Ketua program bersama-sama mahasiswa menjayakan program sukarelawan bersama 100 pelajar Uitm (Perlis)

Menurut ketua program, Muhammad Danial Haziq Hermansyah, 20, program yang berkonsepkan turun padang bersama masyarakat ini bertujuan untuk memupuk nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar, di samping memperkasakan peranan institusi pengajian tinggi sebagai agen pembangunan komuniti.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM serta bacaan doa.

Dalam ucapannya, Muhammad Danial Haziq Hermansyah menekankan kepentingan mahasiswa mendekati masyarakat dan memahami realiti kehidupan di peringkat akar umbi.

Simbolik perasmian program dengan penanaman pokok Jasmin

“Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menyemai nilai keprihatinan, meningkatkan kemahiran insaniah pelajar serta memperkukuh jaringan hubungan antara universiti dan komuniti setempat melalui aktiviti berbentuk pendidikan, sosial dan kemasyarakatan,” ujarnya.

Program ini telah dijayakan oleh 100 orang pelajar dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat antaranya Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor, Rektor UiTM Cawangan Perlis, Muhammad Nur Aiman Nor Asli, Pegawai Eksekutif UiTM Cawangan Perlis dan Asyikin Mahir, wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menurut JPKKP Kampung Sena, Mohamad Man, penduduk PPR Seri Sena menyambut baik penganjuran program ini yang disifatkan sebagai platform positif dalam merapatkan hubungan antara golongan muda dengan masyarakat.

“Pelbagai aktiviti turut dijalankan termasuk sesi khidmat komuniti, aktiviti kekeluargaan serta edaran bahan keperluan asas kepada penduduk terpilih,” katanya.

Tambahnya, program ini selaras dengan aspirasi negara untuk membentuk generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga seimbang dari aspek nilai kemanusiaan, kepimpinan dan keterlibatan sosial.

-AA-

Tinggalkan komen anda