
Laporan/foto: Intan Saziana/Sunito (Cameron Highlands)
CAMERON HIGHLANDS, 1 Jun (MalaysiaAktif) – Program Gotong-Royong yang diadakan di Kampung Orang Asli Kuala Boh, semalam, berjaya mengeratkan silaturahim antara komuniti Orang Asli dan sukarelawan luar dalam usaha murni menceriakan dan membersihkan kawasan kampung.

Pelbagai peringkat umur penduduk kampung Orang Asli Kuala Boh menjalankan tanggungjawab bergotong-royong
Menurut Ketua Komuniti MADANI Kampung Kuala Boh Masenan Nordin, aktiviti ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, yang menekankan nilai kasih sayang, perpaduan, dan tanggungjawab bersama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
“Kami amat terharu dengan kehadiran ramai pihak yang sudi bersama-sama kami kerana semangat gotong-royong seperti ini semakin dilupakan, dan usaha seperti ini membantu menyemarakkan semula nilai kebersamaan dalam komuniti kami,” katanya.
Program disempurnakan dengan jamuan ringan dan sesi bergambar kenangan antara peserta dan penduduk kampung dalam suasana penuh kemesraan.
Ia diharapkan menjadi pencetus kepada lebih banyak program komuniti di masa hadapan yang dapat menyatupadukan rakyat serta mengangkat nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
-AA-