Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Program JIWA@Kelab Malaysiaku SMK Weston Didik Pelajar Fahami Demokrasi

By 2 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurhawa Baizura Mohd Amin (Beaufort)

BEAUFORT, 12 Jun (MalaysiaAktif) – Simulasi Pilihan Raya di peringkat sekolah dilihat sebagai satu inisiatif berkesan dalam memupuk kesedaran awal mengenai sistem demokrasi.

Anuar, ketika menyampaikan ucapan perasmian Program JIWA @ Kelab Malaysiaku SMK Weston.

Berteraskan konsep dan amalan murni perlaksanaan Pilihan Raya, simulasi yang dilaksanakan melalui Program JIWA @ Kelab Malaysiaku ini juga mendidik peranan komuniti sebagai warganegara terutama pengundi muda.

Penolong Kanan Akademik SMK Weston, Anuar Ibrahi berkata, program sebegini wajar diteruskan sebagai wadah penting memupuk nilai bertanggungjawab dan peka terhadap isu-isu kenegaraan dalam kalangan belia.

“Program seperti ini wajar diteruskan kerana ia memberi pendedahan awal kepada generasi muda untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan peka terhadap isu-isu kenegaraan.

Ebur ketika menyampaikan taklimat kepada para pelajar.

Selain itu, pengisian program seperti taklimat AIFA dapat memberikan kesedaran di kalangan pelajar agar berhati-hati menerima sesuatu berita yang tidak pasti kesahihannya dan membuat semakan terlebih dahulu di AIFA sebelum menyebarkan maklumat tersebut,” katanya ketika merasmikan Program JIWA @ Kelab Malaysiaku di SMK Weston, Beaufort di sini pada Selasa.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Pendidikan Pengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sabah, Ebur Sabtar turut menekankan kepentingan pendidikan demokrasi sejak usia muda.

“Pendidikan demokrasi sejak usia muda amat penting agar pelajar lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan sebagai warganegara yang aktif dan berinformasi.

Sebahagian pelajar SMK Weston yang menyertai Program JIWA @ Kelab Malaysiaku yang berlangsung, kelmarin.

“Saya juga berharap dengan adanya simulasi proses Pengundian Pilihan Raya ini dapat meningkatkan keyakinan para pelajar mengenai ketulusan amalan dan sistem Pilihan Raya di Malaysia,” ujarnya.

Program yang dikendalikan oleh Pejabat Penerangan Daerah Beaufort dengan kerjasama SPR Negeri Sabah itu berjaya dilaksanakan dengan penyertaan lebih 90 orang pelajar daripada pelbagai peringkat umur.

-RJ-

Tinggalkan komen anda