Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program Korban Perdana Parlimen Bera Tingkatkan Ukhuwah Antara Komuniti

By 18 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fitri Halim (Bera)

BERA, 11 Jun (MalaysiaAktif) – Program Korban Perdana Parlimen Bera bukan sahaja memenuhi tuntutan malahan turut meningkatkan ukhwah yang terjalin antara komuniti setempat.

Agihan daging korban kepada penduduk setempat yang hadir.

Ahli Parlimen Bera Datuk Sri Ismail Sabri, berkata program yang mengumpulkan penduduk setempat ini dapat merapatkan ukhuwah dan hubungan persaudaraan antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, sebanyak 16 ekor lembu telah disumbangkan melalui program ini dan ramai penduduk setempat dan penglibatan agensi yang turut memeriahkan program pada hari ini,” ujarnya ketika ditemui semasa Program Korban Perdana Parlimen Bera, Isnin lalu.

Komuniti di kawasan Guai yang bergotong-royong menjayakan ibadah korban tahun ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Sabariah Saidan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan Khaizulnizam Mohd Zuldin.

Dalam program berasingan Sabariah dan Khaizulnizam turut menyumbangkan kawasan masing-masing sembilan dan 14 ekor lembu sempena ibadah korban tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda