Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Program PINTAR Beri Peluang Usahawan Kecil Kembangkan Perniagaan

By 22 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan/Ahmad Shazni Shaari

KUALA LUMPUR, 17 Jun (MalaysiaAktif) – Program PINTAR merupakan sebuah program khas yang bertujuan membantu usahawan kecil dan peniaga rumah (home-based) untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Sesi Pembelajaran Canva bersama Komuniti Parlimen Lembah Pantai yang diajar oleh mahasiswa Universiti Malaya.

Pelaksanaan program PINTAR ini dikendalikan oleh mahasiswa Universiti Malaya melalui projek Service Learning Malaysia – University of Society atau lebih dikenali sebagai SULAM.

“Saya sangat seronok dapat belajar teknik bagaimana menghasilkan poster yang secara tidak langsung boleh membantu mempromosikan perniagaan saya,” ujar Mastura Ebrahim,63, salah seorang daripada 40 orang peserta yang menyertai Program Pembangunan Inovatif untuk Niaga Tempatan dan Aktiviti Rakyat (PINTAR) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), PPR Seri Pantai, di sini semalam.

Seramai 20 mahasiswa dan mahasiswi terlibat dalam program ini bagi membantu warga Lembah Pantai di NADI PPR Seri Pantai.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya Dr. Muhammad Aizat Zainal Alam, projek SULAM merupakan pendekatan pembelajaran berasaskan khidmat masyarakat yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada tahun 2019.

“Matlamat program ini adalah untuk mengintegrasikan objektif pembelajaran akademik dengan perkhidmatan komuniti secara berstruktur dan berimpak tinggi selain dapat memperkukuh hubungan komuniti dan nilai keterangkuman dalam penyertaan ekonomi melalui bengkel pemasaran digital dan mengasah kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan mahasiswa universiti,” katanya.

Hasil daripada penyertaan program ini, para usahawan dapat mempelajari teknik mencipta kandungan digital yang bijak dan kreatif bagi menarik perhatian pembeli selain dapat membantu membina jenama perniagaan mereka secara konsisten pada masa akan datang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda