Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program Rakan Mahir Bekalkan Beliawanis Pekan dengan Kemahiran Asas Dandanan dan Solekan

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN 30 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 35 orang beliawanis dari sekitar daerah Pekan telah menyertai Program Rakan Mahir Skills for Life, di sini semalam yang menumpukan kepada kursus asas dandanan dan solekan bagi melengkapkan golongan muda dengan kemahiran praktikal yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi atau dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Para peserta ketika menjalankan latihan praktikal pada sebelah petang.

Kursus intensif ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan, Kelab Anak Muda Perbandaran Pekan dan Dekorasi Ibnur memberi pendedahan kepada peserta pelbagai teknik asas dandanan rambut dan solekan wajah, daripada pemilihan produk yang sesuai hingga cara mengaplikasikan solekan untuk acara formal dan kasual.

Salah seorang peserta, Nur Afzan Ruslan, 23, melahirkan rasa teruja dan berterima kasih atas peluang yang diberikan.

Kursus ini mendapat sambutan menggalakkan daripada beliawanis daerah Pekan.

“Kursus ini sangat bermanfaat, selain dapat belajar teknik solekan dan dandanan dengan betul, saya juga dapat berkenalan dengan ramai kawan baru,” katanya.

Ujarnya lagi, ilmu yang diperolehi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk diri sendiri, malah beliau berhasrat untuk mencuba menceburi bidang ini secara serius pada masa hadapan.

-FN-

Tinggalkan komen anda