
Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 5 Jun (MalaysiaAktif) – Program Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha 1446M yang diadakan di Masjid Abu Bakar As Siddiq Bakar Arang, di sini hari bertujuan untuk menyantuni dan memberikan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Dr. Mohamed ketika berucap.
Ianya mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh semangat perpaduan dan keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia.
“Saya sangat bersyukur dan terharu dengan bantuan yang diberikan,” kata Shafinaz Ismail, 37, antara penerima sumbangan pada hari ini.
“Sudah lama saya hidup serba kekurangan dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban saya menjelang perayaan Aidiladha ini,” ujarnya.

Penerima Sumbangan Program Ziarah Kasih Ihsan, Shafinaz.
Sebanyak 100 orang asnaf menerima sumbangan dalam bentuk barangan keperluan asas dalam program yang disempunakan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan untuk mendekati masyarakat dan memahami keperluan mereka secara langsung.
Turut hadir Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Zapri Saad.
-ZS-