
Laporan / Foto: Rick Anderson Rini (Sarawak)
JULAU, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Penduduk Rumah Genta, Nanga Bilat, Julau kini menikmati peluang ekonomi baharu menerusi Projek Sejati MADANI yang memperkenalkan ladang ayam.

Kandang moden berkapasiti 1,000 ekor anak ayam dibina bagi menyokong Projek Sejati MADANI di Rumah Genta.
Projek ini bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk luar bandar melalui aktiviti penternakan ayam dengan sokongan kerajaan dan kerjasama komuniti. Ia dijangka memberi pulangan yang mampan dan berterusan.
Menurut Genta Sabut, 64, selaku Tuai Rumah di Nanga Bilat, projek ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan, malah memperkasakan penduduk dengan kemahiran dalam bidang penternakan dan pengurusan ladang.“Kemudahan asas seperti reban moden dan bekalan makanan turut disediakan bagi memastikan kejayaan projek ini,” jelasnya.

Genta Sabut, Ketua Projek Sejati MADANI Nanga Bilat.
Projek Sejati MADANI di Rumah Genta menjadi contoh bagaimana pendekatan berpaksikan rakyat mampu membawa perubahan positif di peringkat akar umbi, selaras dengan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar serta memperkukuh ekonomi komuniti setempat.
-RJ-