
Laporan/foto: Farah Shaherza Aimi/Muhammad Hafiz (Kuantan)
KUANTAN, 10 Jun (MalaysiaAktif) – Pusat Komuniti MADANI Parlimen Indera Mahkota menyumbang sebanyak 12 ekor lembu sempena Korban Perdana dan Kenduri Rakyat Aidiladha Indera Mahkota 2025, di sini semalam.

Saifullah sewaktu berucap mengalu-alukan kehadiran penduduk.
Menurut Pengurus Pusat Komuniti MADANI Parlimen Indera Mahkota Saifullah Razali, Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia Datuk Ahmad Farhan Fauzi telah berbesar hati menyumbangkan 12 ekor lembu sempena program pada hari ini (Isnin).
“Alhamdulillah, Program Korban Perdana pada hari ini berjalan lancar dengan kerjasama penduduk setempat terutamanya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Beserah Pantai yang dipimpin oleh saudara Ahmad Roslan,” katanya sewaktu berucap mengalu-alukan kehadiran semua penduduk.

Aktiviti merewang oleh penduduk setempat.
Ujarnya lagi, daging korban tersebut diedarkan kepada 3,000 penduduk di sekitar kawasan Indera Mahkota.
Program turut diserikan dengan aktiviti merewang dan gotong -royong Kenduri Rakyat Bersama penduduk setempat yang bermula seawal pukul 8.00 pagi.
-ZS-