Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

RM205,000 untuk Iktiraf Kecemerlangan Anak India Bangsa Johor

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Facebook Raven Kumar Krishnasamy

JOHOR BAHRU, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 205 pelajar cemerlang daripada komuniti India Bangsa Johor menerima sumbangan penghargaan berjumlah RM1,000 setiap seorang dalam Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Komuniti India bagi peperiksaanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 dan 2024.

Raven Kumar, berkata inisiatif sulung ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Johor mengiktiraf kecemerlangan akademik anak-anak India Bangsa Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar berkata keseluruhan sumbangan mencecah RM205,000 merupakan satu pelaburan besar ke arah pembangunan pendidikan pelajar India di negeri itu.

“Inisiatif ini adalah yang pertama kali dianjurkan dan menjadi bukti komitmen berterusan kerajaan negeri dalam mengiktiraf kecemerlangan akademik anak-anak India Bangsa Johor,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di Dewan Raya Taman Bukit Indah, di sini semalam.

Raven Kumar berkata program itu hasil kerjasama strategik antara Yayasan Sultanah Rogayah (YSR) dan MIC Negeri Johor, dalam usaha memperkasa pendidikan serta menyokong pelajar berprestasi tinggi dari komuniti tersebut.

Seramai 205 pelajar cemerlang India Bangsa Johor menerima sumbangan RM1,000 setiap seorang bagi pencapaian SPM dan STPM 2023/2024.

Raven Kumar dalam pada itu merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima anugerah dan menyifatkan mereka sebagai kebanggaan komuniti serta harapan masa depan Johor.

“Saya akan terus memberi sokongan penuh terhadap usaha-usaha yang selari dengan visi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam merealisasikan Agenda Maju Johor. Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk masa depan negeri ini,” katanya.

Turut hadir Pengerusi YSR SAC (B) Datuk Sugumaran Raman, Ketua Wanita MIC Kebangsaan Saraswati Nallathamby, Penolong Pengarah Prasekolah dan Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) Ravichandran Ramachandran dan Penolong Pengarah Bahasa JPNJ Pragash Suvvandaram.

-FN-

Tinggalkan komen anda