Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Sarawak Cerminan Keharmonian Masyarakat Majmuk

By 35 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Matsukarmi Suani / Rizalman Daim (Sarawak)

BALINGIAN, 16 Jun (MalaysiaAktif) – Sarawak menjadi lambang keharmonian masyarakat majmuk yang hidup saling menghormati dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Menurut beliau, program yang dilaksanakan bersama JAPEN Sarawak menerusi Pejabat Penerangan Daerah Kecil Balingian itu bukan sahaja meraikan penutup perayaan sambutan Gawai atau ‘Ngiling Bidai’, malah menjadi platform penting dalam memperkukuhkan semangat perpaduan, khususnya dalam komuniti majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum di Balingian.

Abdul Yakub merakamkan gambar kenangan bersama para tetamu yang hadir.

“Kerencaman kaum, budaya dan warisan tradisi yang hidup dalam satu komuniti adalah kekuatan yang perlu dijaga. Kita semua harus menyumbang sepenuh jiwa dan raga untuk mengekalkan perpaduan yang telah kita bina,” katanya ketika merasmikan Program JIWA@Komuniti MADANI sempena Majlis Ngiling Bidai Komuniti MADANI 3 Sungai Balingian di Rumah Ebbie, Sungai Seteras, kelmarin.

Terdahulu dalam ucapannya, Helmy Hamid mengingatkan masyarakat tentang pelbagai jenis ancaman keselamatan dalam talian yang semakin berleluasa seperti serangan phishing, kecurian identiti, penipuan e-dagang, serangan penafian perkhidmatan, pelanggaran hak cipta, serangan oleh penggodam serta penyebaran kebencian dan hasutan keganasan melalui media sosial.

Kehadiran penduduk kampung memeriahkan program, mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh perpaduan komuniti.

“Oleh itu, bagi memastikan diri kita benar-benar selamat semasa menggunakan internet, kita perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan dan Jika tidak pasti tentang kesahihan maklumat, kita boleh membuat semakan menggunakan AIFA atau Artificial Intelligence Fact Check Assistant,” tambah beliau.

Katanya lagi, beliau menyeru semua ahli Komuniti MADANI untuk memuat naik aplikasi ChatBot AIFA ini bagi membantu kerajaan menghentikan penyebaran berita palsu.

-RJ-

Tinggalkan komen anda